Nuffy #1

February 14, 2011

Lama Giler Qilla Tak Update Blog

lama kan? korang boleh bagitau berapa lama qilla tak update blog?

terasa rindu sangat nak update blog.. jealous tengok blogger-blogger lain pergi gath, teringin nak join.. hehehe

bila qilla bukak blogger je, dah banyak blog yang qilla follow berubah.. berubah bentuk, berubah template, berubah header.. macam-macam

qilla ni blogger baru, kalau ada pape yang kurang sila la tegur.. :)

January 1, 2011

Cara Meletak Favicon Pada Blog

bagun pagi2, bukak la laptop.. walaupun masih belum mandi, aku masih wangi seperti semalam.. hehe

ok, terlintas difikiran untuk google tips & trick pasal blog.. apa yang aku jumpa, cara2 untuk letak favicon pada blog kita..

favicon tu apa? favicon tu icon kecik yang ada pada sebelah URL blog kita.. tengok kat tab browser korang, ini contoh:


itu lah favicon.. hari ni aku nak tunjuk cara meletak icon pilihan sendiri pada favicon tuh.. bagi sape2 yang belum buat, icon korang adalah logo Blogger:



Langkah 1:

  • bukak blogger korang, pergi ke design > edit html
  • cari (ctrl + F) </head>

Langkah 2:

  • letakkan code di bawah sebelum </head>
 <link href='YOUR-FAVICON-URL' rel='shortcut icon'/>
<link href='YOUR-FAVICON-URL' rel='icon'/>
  • contoh:
<link href='YOUR-FAVICON-URL' rel='shortcut icon'/>
<link href='YOUR-FAVICON-URL' rel='icon'/>
</head>

Langkah 3:

  • pegi ke google images atau photobucket untuk mencari icon pilihan korang sendiri
  • pastikan imej korang tak terlalu besar dan bersaiz tepat
  • contoh: 50x50

Langkah 4:

  • kalau boleh korang preview dulu icon yang korang pilih
  • bukak imej pilihan korang di new tab:
  •  gambar tu dh nice, tak blur..

Langkah 5:

  • copy URL imej tersebut
  • gantikan YOUR-FAVICON-URL dengan URL imej pilihan korang
  • contoh:
 <link href='http://i23.photobucket.com/albums/b354/ScarMeLikeYouUsedTo/Cute/thmih0de.gif' rel='shortcut icon'/>
<link href='http://i23.photobucket.com/albums/b354/ScarMeLikeYouUsedTo/Cute/thmih0de.gif' rel='icon'/>

  • kemudian SAVE TEMPLATE

Hasilnya:



untuk lebih menarik, letak la imej yang bergerak macam blog aku punye ni.. tujuan untuk preview supaya imej yang bergerak nampak jelas..

kalau korang pilih imej yang agak besar, kemungkinan icon yang muncul nampak tak lawa..

selamat mencuba..! :D

December 30, 2010

S. Kunalan


kenal tak siapa dalam gambar ni? kenal? nama dia kurang disebut berbanding nama dua pemain-yang-korang-dah-tahu tu..

nama dia S. Kunalan.. jangan leka dengan kehenseman Khairul Fahmi dan jangan pulak asyik tertumpu pada senyuman Safee Sali..

tadi aku tengok jugak kat RTM TV1, dan pemain jersi bernombor 16 ni telah menarik perhatian aku.. auwww aku terpikat dengan macha ni ke? heuheuheu


dia la yang banyak menyekat lawan dari mara ke pintu gol Malaysia.. ingat aku taktau pasal bola ke?

kalau korang perasan, beberapa belas minit terakhir perlawanan, pemain2 Malaysia mula menunjukkan keletihan.. malas nak kejar bola..

sedang pemain2 Indonesia membawa bola, sepantas kilat mereka dikejar oleh S. Kunalan.. stamina dia ni boleh tahan jugak..


kembar yang dahulunya menjadi kegilaan ramai.. tapi sekarang:



agak2 bila nak reda cerita pasal bola ni?

December 28, 2010

Hakikat Sebenar Kawan


kawan, member, clique, geng.. semua membawa maksud yang sama.. entry ditulis kerana teringat pesan kakak2 dan abang2..

kawan memang penting, tiada kawan umpama dunia ni gelap gelita.. betul ke macam tu?

ada kawan yang membantu, ada kawan yang menyusahkan..




kawan memang baik, akan tetapi kenapa mesti kita ketepikan keluarga? family come first tau..

di saat kita berada di dalam kesusahan, ramai ke kawan nak tolong? mungkin ada yang menolong tapi tak semua ikhlas menolong..

ikutkan kawan kita mungkin akan hanyut sekali bersama kawan.. kawan mempengaruhi sikap dan cara hidup kita..





semuanya ikut kawan.. jangan biarkan kawan yang menjadi penentu hidup korang..

nak sekelas dengan kawan, nak sebilik dengan kawan, nak kerja dengan kawan, nak lepak dengan kawan.. sebab apa?

banyak perkara positif tentang kawan, tapi ramai yang lupa bahagian negatif seorang kawan tu..





banyak terjadi, kawan menikam belakang.. dan banyak terjadi hanya akan ada kawan apabila kita senang dan hilang kawan di saat kita di dalam kesusahan..

siapa lagi yang sudi membantu melainkan family sendiri..

pastikan setiap tindakan kita tidak membawa kepada kehancuran kita..

jangan ikutkan sangat kawan.. mungkin cara hidup dia tidak sesuai dengan diri kita..




kawan akan terpisah jugak bila kita tamat pengajian.. masing2 ada haluan masing2.. pastikan haluan kita bertepatan dan bukan kerana kawan..

jangan jadi kawan yang makan kawan.. berkawan dengan cara yang sederhana.. jangan terlalu menyebelahi kawan..

December 27, 2010

Header Baru..!!


sangat comel oke.. dan bangga sangat2 sebangga Malaysia menumpaskan Indonesia semalam..

akhirnya dapat jugak aku memiliki header yang supercool macam ni.. terima kasih diucapkan kepada kawan aku:



kalau korang teringin header yang cool macam ni, singgah2 la ke blog beliau yee.. wahh.. this is my first time promote blog orang.. heuheuheu :p

pendapat korang?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...