Nuffy #1

December 28, 2010

Hakikat Sebenar Kawan


kawan, member, clique, geng.. semua membawa maksud yang sama.. entry ditulis kerana teringat pesan kakak2 dan abang2..

kawan memang penting, tiada kawan umpama dunia ni gelap gelita.. betul ke macam tu?

ada kawan yang membantu, ada kawan yang menyusahkan..




kawan memang baik, akan tetapi kenapa mesti kita ketepikan keluarga? family come first tau..

di saat kita berada di dalam kesusahan, ramai ke kawan nak tolong? mungkin ada yang menolong tapi tak semua ikhlas menolong..

ikutkan kawan kita mungkin akan hanyut sekali bersama kawan.. kawan mempengaruhi sikap dan cara hidup kita..





semuanya ikut kawan.. jangan biarkan kawan yang menjadi penentu hidup korang..

nak sekelas dengan kawan, nak sebilik dengan kawan, nak kerja dengan kawan, nak lepak dengan kawan.. sebab apa?

banyak perkara positif tentang kawan, tapi ramai yang lupa bahagian negatif seorang kawan tu..





banyak terjadi, kawan menikam belakang.. dan banyak terjadi hanya akan ada kawan apabila kita senang dan hilang kawan di saat kita di dalam kesusahan..

siapa lagi yang sudi membantu melainkan family sendiri..

pastikan setiap tindakan kita tidak membawa kepada kehancuran kita..

jangan ikutkan sangat kawan.. mungkin cara hidup dia tidak sesuai dengan diri kita..




kawan akan terpisah jugak bila kita tamat pengajian.. masing2 ada haluan masing2.. pastikan haluan kita bertepatan dan bukan kerana kawan..

jangan jadi kawan yang makan kawan.. berkawan dengan cara yang sederhana.. jangan terlalu menyebelahi kawan..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...